Sunday, November 14, 2010

Apa ertinya sebuah persahabatan ?



Sahabat,
Mereka adalah seorang insan seperti kita yang Allah kirimkan untuk kita,
Mereka adalah pendorong untuk kita,
Pendorong untuk melangkah lebih maju ke hadapan.

Sahabat,
Mereka merupakan orang selepas keluarga kita,
Mereka tempat berharap,
Mereka memberi harapan untuk kita berjaya melakar kejayaan.

Sahabat,
Mereka tempat kita mengadu masalah,
Mereka pendengar yang setia,
Mereka akan menjadi jalan penyelesaian yang terbaik untuk masalah kita.

Sahabat,
Jika mereka tiada,
Dunia ini gelap tanpa cahaya yang menerangi jiwa,
  Merekalah bulan, merekalah torchlight, merekalah mentol dan merekalah cahaya.

Sahabat,
Buku tak akan ditulis jika tiada pen atau pensil untuk menulis,
Ianya sama sepertimu,
Kehidupan tak akan ceria jika tiada kehadiran mu Cik Sahabat.


Di keheningan malam yang sunyi sambil mendengar alunan lagu nyanyian Aizat yang bertajuk sahabat , entah secara tiba tiba air mata mengalir seperti mengerti perasaan yang sedang hinggap dalam jiwa. Sejak dua menjak ni, memang takde sesiapa selain family dalam kotak fikiran, cumalah kalian wahai sahabat. Saya sayang kalian sepertimana kalian menyanyangi saya. Saat indah bersama kalian keluarga tiga zamrud betul betul mencipta sejarah indah buat saya. 

♥ Ikhlas dari Aisyah

No comments: