Saturday, January 31, 2015

Belajar bersyukur.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Aku selalu cemburu dengan kawan yang sambung belajar kat oversea.

Aku selalu cemburu dengan kawan yang pergi trip sama-sama.

Aku selalu cemburu dengan kawan yang dapat result super hebat.

Aku selalu cemburu dengan kawan yang ada gadget yang awesome.

                 Biasalah semua perasaan ni mesti wujudkan, takyah tipu lah lagi2 dalam kalangan remaja umur sebaya aku ni. Peringkat umur yang sentiasa ingin tahu, mencuba dan kenal dunia. Aku rasa ni lah keburukan sosial media sekarang ni like instagram ofc. People will post whatever they do, whereever they go and whatever lah. I know, depa punya niat baik nak mai tunjuk kat kawan kawan kegembiraan depa. Their post will surely make others cemburu dengan nikmat yang Allah beri kat dia. This feeling will lead to ======> RASA TAK BERSYUKUR!

                Kerdilnya manusia sering kali punya rasa seperti ni. Haish, susah kalau iman takat paras pingang je ni. Orang pakai iphone6 kau pun sibuk nak iphone6 jugak, padahal hakikatnya kau dah ada phone yang boleh dikatakan canggih tapi disebabkan kau rasa tak bersyukur ni, mulalah nak upgrade konon. Aku rasa dalam banyak banyak feeling yang wujud dalam dunia ni, this one is one of the perasaan yang paling susah sekali! 

             Jalan penyelesai? Aku pun tak tahu. But so far kalau aku ada feeling macam ni, aku akan ingat orang orang yang tak dapat apa yang aku dapat sekarang. I put myself in their shoes. Like the people in Syria or Gaza or Africa, they cant get enough basic needs, they dont really have pretty dress to wear, they dont eat good food and many more. Dengan semua gambaran kat negara ni, aku akan try sedaya upaya untuk rasa bersyukur dengan apa yang aku ada.

              Aku may not have a lot of TRUE friends, but that should not things to worry about because nanti aku kat kubur pun hidup sendiri. I may not go travel with friends but that no a big problem because i percaya one fine day i will travel with my bestfriendforever, my husband InsyaAllah kalau dipanjangkan umur dan jumpa jodoh. I may not study oversea but then its okay Allah has better plan for me. ( Doakan lagi dua tahun dapat sambung ke UK for ICSA insyaAllah Amin! ) ( Tapi sekarang ni cemburu tu rasa membuak buak sangat yelah membe belajar Rusia tapi satu bumi Eropah dia dah jelajah, Sabar cah sabar. )

             So I think thats no a big deal lah kalau aku tak dapat buat or get what other people get. Bcs aku try nak belajar bersyukur. ( But I'm only human.....) its okay huh. Allah always have better plan for me. Ayat ayat nak sedapkan hati je ni. Cumanya harap dapatlah kereta sebiji untuk bawak balik Seremban next sem HAHA Adiozzzzzz!



 After presentation semester satu haritu, ada rupa ahli corporate tak? hihi Kbai.

Friday, January 30, 2015

Kemana hala tuju seorang sebenarnya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

              Well, aku dah tinggalkan bidang penulisan blog masa aku umur 18 tahun tapi sekarang aku dah menjangkau umur 20 tahun, jadi maksudnya aku dah lebih kurang 2 tahun tinggalkan blog aku. Hasrat hati nak je buat blog baru tapi sayang banyak kenangan pahit manis aku kat blog ni yang urlnya sumpah kelakar habis.

              Sekembalinya aku menulis blog bukan nak tarik perhatian sesiapa, tapi aku rasa aku patut dan harus menulis. Entah aku rasa buah fikiran aku ni selalu belegar legar dalam kepala. At last dia terhapus sendiri. Then aku fikir yeah this is the best way. Bukan aku nak jadi macam penulis handalan blog yang lain, aku ni siapa je yang kenal tak pulak aku nak hantar hasil tulisan aku kat buku buku tu semua untuk diterbitkan di majalah, surat khabar mahupun ke pertandingan cerpen macam Nadia Khan penulis buku yang paling tabik tu. Aku menulis untuk diri aku.

              Hm, aku rasa perjalanan hidup aku setakat ni cukup menarik tapi aku pasti ramai lagi hidup dorang yang menarik. Tapi setakat dah masuk umur yang tak de belasan kat belakang, aku start open up my mind, try to be myself dan yang paling penting cintakan diri sendiri dulu! Jadi harini aku nak berkongsi tentang hala tuju seseorang alah kata mudah hala tuju hidup lah.

               Ya dah masuk 2015 dah sekarang aku tengok sekeliling semua orang seakan terlalu kejarkan dunia. Ye aku mengaku aku pun. Tapi entahlah. Aku anak seorang perkerja kerajaan, bapaku jap lagi nak bersara dah tak larat kerja katanya, mak pulak dah lama bersara sebab penat berkerja. Buakn nak expose kan parents aku kerja ape, tapi aku nak habak mai hidup aku ni macam orang biasa biasa je, takdelah mewah mana dan takdelah susah mana. Aku bersyukur sangat.

                 Aku rasa dunia ni dah tua, tua sangat, macam macam dah berlaku atas bumi ni. Kesian dia. Mesti dah penat. Hm, semalam aku sajalah serach pasal kiamat kat you tube, lepastu dengar beberapa ustaz tu bagi ceramah, sumpah nangis tengok (search je lah) Takut aku tu aku tak dapat bayangkan lah, last last aku tutup berzikir pastu tidur.

                  Esoknya aku bangun which is today, aku tak rasa apa2, i means that rasa takut tu semua hilang. Entahlah aku pun pelik tapi aku teruskan lah dengan tugasan harian aku harini mak masak mee goreng untuk sarapan, okay takde kene mengena. Aku ni bukan dari kalangan keluarga yang alim alah bukan yang pakai tudung labuh semua tu, tapi aku bersyukur lah mak ayah aku ajar aku solat dari aku kecik lagi tapi tak dengan rotan lah mak pakai tangan dengan cubitan penyengat dia kalau aku tak solat. Jangan risau mak sekalian kalau tak boleh guna rotan sekarang tangan kan ade hihi.

                   Tapi sejak aku masuk universiti, dah degree dah sekarang sumpah takde sape pun nak ingatkan dah solat belum? Baca quran dah? Semua kene ingat sendiri, malu aku nak cakap tapi aku strugle nak buat semua tu. Mungkin iman dalam diri aku ni tak mantap lagi huh. Result spm aku tak sehebat mana, aku dapat 6A je nak bangga sikit ade 4A+ lah dari 6A tu haha, then aku sambung pre-law. Masa aku belajar pre-law, ni sumpah strugle habis nak hidup kat jalan yang lurus. Buakan nak cakap ape persekitaran kat bandar besar, rakan rakan lagi nasib aku tak terikut sangat, aku jadi jahil sikit lah. Bukan culture shock, tapi you know "law student" and that the one factor aku tak sambung degree in law. Sekarang aku ambil jurusan Corporate Administration (Hons). Fuh sumpah tak pernah terlintas dalam senarai cita cita. Tapi bila aku dah masuk sini, thats it aku jumpa apa aku minat, aku jumpa apa aku nak dalam hidup. Sesunguhnya Allah tu Maha merancang.

                  Okay, bukan nak bangga apa aku dah sambung degree tak bukan itu apa yang aku cuba nak sampaikan. Ini yang sebenarnya, bila aku dapat tawaran sambung kos ni Abah aku kecewa sangat dengan aku. Ayat dia yang tak akan aku lupa " Kalau abah tahu abah hantar adik masuk matrik boleh jadi doktor. Ni dah silap jalan pergi kos yang entah pape" Berderau darah dengar tapi aku nak buat apa, diamkan diri is the best way kan? Aku baru habis satu sem, and so far it was really great kos. I swear, ramai membe aku yang rasa betul2 tak suka degan kos ni, tapi pada aku ini Allah dah tentukan so it is the best. Aku sekarang ni terpikir lagi ayat abah aku tu, adakah pada dia nak ukur kejayaan tu dengan ade menjadi doktor, engineer, akauntan ataupun cikgu? Ataupun yang masyarakat tahu?

                   Sedihlah aku fikirkan, padahal dalam dunia ni bukan apa sangat dengan kejayaan kan yang pasti kejayaan di akhirat kelak? Bukan nak tagih simpati tapi sejak aku sambung degree hubungan aku dengan abah tak serapat dulu dan aku nampak dia more sayangkan akk aku which is the pharmacist to be. Allah, aku kan anak, normal kan nak rasa cemburu macam ni? Tapi biarlah mereka kan orang tua aku, mungkin diorang kecewa dengan aku.

                   Susah sebenrnya nak ubah mentality seseorang, aku cuba nak ubah mentality kucing aku supaya tak berak merata tapi fuh betahun tak jalan jugak. Makcik makcik kat kampung pun terus membandingkan aku dengan cousin aku yang kat UIA tu tengan nak sambung degree in medic. Nak je aku cakap "Makcik Akhirat lagi penting" tapi aku sedar aku ni solat pun tak terjaga sangat. Entahlah, mulut tempayan aku bolehlah tutup ni mulut manusia kan? hmm.

                   Tapi aku nak simpulkan sini, sejak aku dah masuk aliran sastera ni, satu je aku nak ingatkan, yelah dulu aku sekolah sains asrama penuh selalu lah jugak pandang rendah kat budak aliran sastera or seni. Tapi aku dah sedar sekarang dalam hidup ni nak ukur kejayaan bukan dari segi pelajaran, pekerjaan tapi tu haa kat akhirat tu. Maaf lah kat orang orang yang aku pernah pandang rendah dulu. Well guys sama-sama kita renungkan ye! Salam sayang echa.