Tuesday, November 30, 2010

When it come #1

 Minum kopi di tengah malam sunyi sambil mendegar alunan muzik tanpa henti di radio. Aman sungguh aman.

Zas Zus Zas--------------------------------------------------------------------------------------------

Yes, I do accept it dear. Itu lumrah sebagai seorang manusia. Setiap apa yang mendatang dalam diri kita, kita harus terima dengan hati terbuka. Seluas yang mungkin.

Bila hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan. Sama seperti pasir, akhirnya kita akan dihakis ombak. Dibawa pergi ke tengah laut. Mungkin laut yang dalam sana. Siapa tahu kan ? ( Ish, puitis gle. Tetiba idea nak tules muncul kan. Sebab ? hmm, punjangga hati yang saya sayang mungkin.-_-, )


Takde siape tahu apa akan jadi selepas ini. TAK ADA ! Apa yang saya duga selama ini indah hanyalah hayalan saya. Bila cerita indah itu mula di lupakan, inilah dia. Inilah yang akan terjadi. Apa harus saya lakukan ? Berdiam diri dan biarkan kisah indah itu pergi bersama angin ? 


Mudahnya mereka melupakan apa yang kita lalui bersama. Kenapa ? Salah saya awak ckp. Tapi kenapa ? Apa saya lakukan. Menyakitkan hati awak itu memang mustahil. Tolong jangan perlakukan saya sebegini. Saya buka laman sosial itu- Wahh, terujanya saya melihat mereka bersama. Patotkah saya menegor ? Tak, tidak saya tak mahu di lakukan seperti kelmarin. 


Zas Zus Zas-----------------------------------------------------------------------------------------------


Malam memang mencemburui. Shut down the laptop is the best way. Then, should wash the cup.

Thursday, November 25, 2010

lovable moment ♥

Life is Just a Bowl of Cherries,
Sometimes It's afraid Filled with Worries
Don't be afraid, When Things Go Wrong, Just be Strong.

When Thing Seems up in the Air,
And Everything is so Unfair,
And You Stumble and Fall
Just Pick Yourself up and Sing

If One Day You Lose Your Way,
Just Remember One Thing, My Friend.
When You're Under a Cloud
Just Visit Music and Sing

If One Day You Lose Your Way,
Just Remember that I'm Here to Stay.
Don't You Give up, Keep Your Chin up,
And Be Happy!


   
     



Thanks for so-called-awesome-day-ever friend. Smiling (:

Thursday, November 18, 2010

sebuah PENGORBANAN

 Oh iye, biar saya mulakan tutur kata dengan mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidil Adha ! 
Bersempena dengan hari yang mulia ini, saya ingin menyentuh sedikit tentang erti pengorbanan yang sebenar. Yek laa, ramai remaja belasan tahun seperti saya sering menyalahertikan erti sebuah pengorbanan tuh.

Banyak anak muda around 15 till 19 sukar untuk mengatakan apakah ertinya sebuah pengorbanan.(cewah, bajet tahu je saya nih. Tak laa cuma nak kupas sikit. ) Ada a few mereka engat and pikir pengorbanan boleh di tafsirkan kita korban lembu pagi2 lepas solat raya. Ada juga yang engat pengorbanan tuh Alaaaaaah, kita korbankan cinta kita kepada kekasih sebab desakan ibu bapa yang melarang. Tak kurang juga yang menyatakan, korbankan masa kita untuk solat. Masya-ALLAH. Kalau sampai anak muda mengatakan seperti itu. Dunia nih dah nak kiamat.

Saya bukan nak cakap yang saya tahu ke hape ke kan. Kalau saya salah minta maaf sangat sangat. Pada saya pengorbanan tuh kita tak boleh nak tafsirkan melalui penulisan mahupun dengan melafazkannya. Pengorbanan boleh di tunjukan melalui tingkah laku yang kita lakukan. Bagi remaja seperti saya memang dalam kamus hidup kita tak banyak sangat pengorbanan yang dilakukan. Tak banyak macam datuk nenek kita.

Bagi saya yang masih di alam persekolahan, apa yang saya korbankan ialah masa. Memang menuntut ilmu adalah ibadah, tapi bagi yang sayang sangat dengan masa mereka untuk menuntut ilmu mereka sure tak nak korban kan masa mereka untuk menuntut ilmu. Bila di tanya kenapa, jawapannya "Alaaah, masa kan emas. Membazir belajar kalau tak pandai-pandai". Fuhhh ! Apedaaa punya fikiran. Hmm, sepanjang saya bergelar seorang pelajar. Ntah lah nak kata focus sgt bila belajar tak lah sgt. Tapi bole lahhh. Bole dikatakan half of my time saya korbankan untuk mencari ilmu. Cewwwaaaaahhh !

Oh iye, orang korbankan masa untuk solat ? Jeng jeng jeng. Hmmm, mybe tak sesuai ayat yang digunakan. Ianya boleh membawa maksud yang laen. Harusnya kita katakan " Kita should korbankan masa berfoya-foya untuk beribadah kepadah Allah" Haaa, kan lagi manis bukan.

Hmmm, setiap yang kita lakukan kat dunia nih semuanya menuntut sebuah pengorbanan. Macam macam lah yang kita korbankan. Kadang-kadang kita memang tak sedar yang kita sebenarnya sedang melakukan pengorbanan. Saya pun tak tahu dalam hidup saya selama 15 tahun nih, apa pengorbanan yang saya lakukan eh ? hmmm, ntah lah. Apa yang saya harap semua pengorbanan yang lakukan sentiasa de redha Yang Maha Esa.

Anda fikirlah, sejaoh mana anda menghayati erti sebuah pengorbanan. Renung-renungkan dan selamat beramal ! hehe.

Sunday, November 14, 2010

Apa ertinya sebuah persahabatan ?



Sahabat,
Mereka adalah seorang insan seperti kita yang Allah kirimkan untuk kita,
Mereka adalah pendorong untuk kita,
Pendorong untuk melangkah lebih maju ke hadapan.

Sahabat,
Mereka merupakan orang selepas keluarga kita,
Mereka tempat berharap,
Mereka memberi harapan untuk kita berjaya melakar kejayaan.

Sahabat,
Mereka tempat kita mengadu masalah,
Mereka pendengar yang setia,
Mereka akan menjadi jalan penyelesaian yang terbaik untuk masalah kita.

Sahabat,
Jika mereka tiada,
Dunia ini gelap tanpa cahaya yang menerangi jiwa,
  Merekalah bulan, merekalah torchlight, merekalah mentol dan merekalah cahaya.

Sahabat,
Buku tak akan ditulis jika tiada pen atau pensil untuk menulis,
Ianya sama sepertimu,
Kehidupan tak akan ceria jika tiada kehadiran mu Cik Sahabat.


Di keheningan malam yang sunyi sambil mendengar alunan lagu nyanyian Aizat yang bertajuk sahabat , entah secara tiba tiba air mata mengalir seperti mengerti perasaan yang sedang hinggap dalam jiwa. Sejak dua menjak ni, memang takde sesiapa selain family dalam kotak fikiran, cumalah kalian wahai sahabat. Saya sayang kalian sepertimana kalian menyanyangi saya. Saat indah bersama kalian keluarga tiga zamrud betul betul mencipta sejarah indah buat saya. 

♥ Ikhlas dari Aisyah

Friday, November 12, 2010

Bukan senang nak jumpa macam mereka

Suatu yang indah pasti meninggalkan memori yang indah. Bunga yang berputik pasti membuat sekitarnya harum. Daun yang hijau pasti membuatkan mata senang memandang. Bunga dan daun ketika meluruhkan dirinya pasti nampak menarik untuk dilihat. Udara yang dihirup pasti menyegarkan tubuh. Kicauan burung pasti menceriakan hari. Matahari yang muncul pasti memanaskan bumi yang dingin. Semuanya indah Ciptaan Allah :)

Allah juga ciptakan mereka untuk saya. Tak pernah rasa hidup ni sesempurna ini. MEREKA betul-betul buat saya rasa hidup ni bermakna. Tak pernah saya jumpa orang seperti mereka. Mereka betul-betul jantung hati saya. Saya SAYANG mereka !

 Oh okay, biar mulakan bicarara dengan photo ini :


 Tahun nih, kira last pakai baju colour nih :)

Jumaat hari tuh hari akhir dipanggil pelajar Tingkatan tiga. Rinduuuu nye. Keluarga saya buat doa selamat ringkas untuk kami semua. Pastu adalah makan-makan sikit-sikit bersama-sama untuk menambah kenangan indah bersama. Saya benci masa. Kenapa ia berlalu ? Kenapa ia cemburu dgn kami ? Biarkanlah kami bersama ! Awak jahat masa !








Tak sah klau sebolom majlis tak snap pic. keh keh keh



Saya juga tak mau ketinggalan. I LOVE YOU ALLS !





Sorry guys klau ada yang tak sempat kene kiss. Yek laah, bibir saya ada satu tak larat nak kiss 23 pipi :)




Then, we started the majlis doa selamat yang diketuai oleh Syafiq.




Then, we ate togather for the last time. I'm gonna miss this time we spent. 




Then, we sat togather. Masing-masing kene jujur. Cakap dengan ikhlas hape yang tersurat dalam hati. Everyone cried a lot. Buang semua ego jaoh jaoh. Ni kira sesi mentak maaf segala macam lah.

I'm done.


Farizad and Kecik also :'(










And others too. Setle semua masalah. No more cry dear :)


And we sang the song by Saleem-tinggal kenangan togather. 


I promise guys, I never forget about you alls. 


Saya Sayang You Alls !!