Saturday, July 25, 2015

Kau.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)
 
 
             Harini 25 July 2015, aku tekad nak jot something dalam online diary aku. Nak tell the world, nak aku ingat this momment and nak aku ingat perasaan harini. Oh sebelum tu sempena masih dalam bulan syawal ni aku nak ucap Selamat Hari Raya semua, mohon ampun salah dan silap. Jemputlah datang rumah :)
 
            Gelap. Koyak. Basah. Ha itu perasaan aku. Aku nak tulis entry harini pasal kau. Ye awak! Hm, aku tahu kau tahu blog aku tapi i.m 100% sure kau takkan baca this entry. Harini kau fly. Cita2 kau tercapai. *clap hands. 11.50 tadi kau berangkat dah dan by the time aku tulis ni kau tengah on your way dalam flight, Semoga dipermudahkan dan selamat sampai Malbourne!
 
            Aku tak dapat nak hantar kau, sebab aku pasti parents aku memang tak bagilah aku nak drive sampai KLIA. lagipun kau fly malam bila pulak aku nak balik batu pahat nantikan. Tapi aku dah say sorry awal2, so hopefully its okay. Or sebenarnya kau memang langsung tak kesah? Hm --' 
 
           Sebenarnya aku dah simpan hasrat aku nak bagi tahu kau sebelum kau terbang tadi. Aku dah berbulan bulan planning nak bagi tahu kau. Tapi entah mulut ni tangan ni senang kata diri ni halang dari aku bagi tahu kau. Aku sedih. Kenapa diri aku ni tak bagi aku nak bagi tahu kau! Why? Dont you love me, myself? Aku nak bagi tahu kau benda yang aku pendam bertahun tahun. Things that never change since the first time aku nampak kau. Since the time aku dan kau berjumpa. Things that will end up either make me happy or vice versa. Tapi diri aku takut cause aku tahu the percentage possibility untuk bawa kepada kesedihan tu lebih banyak dari kegembiraan. 
 
             So akhirnya its end up aku tak bagi tahu kau. Aku pendamkannya lagi dalam dalam. Mungkin makin dalam dari tahun tahun lalu. Semalam aku jumpa kau malam sebelum kau berangkat. Alhamdulliah the last minit plan went well. Aku dapat jumpa kau. Dapat aku bertanya keadaan kau sebelum kau terbang. Kita banyak borak malam tu. Aku rasa gugup sangat masa kau cakap dengan aku bila kau pandang tepat mata aku. Aku nampak kejayaan kat mata kau time kau cerita about Malbourne. Aku tahu kau akan berjaya. Kau boleh!
 
           Kau, ade one time malam tu aku pandang kau. Tapi kau tak perasan aku tengok kau. Kau sebuk borak. Tapi aku kat sisi kau so possibility untuk kau tak perasan tu besar. Aku tahu ni sounds scary gila bapak lah aku usha orang. Kau tahu masa aku pandang kau tu aku berharap sepenuhnya kot kot aku dapat transfer perasaan aku kat kau. Dah bertahun tahun aku pendam. Dah dekat sedekad. Sebenarnya aku deny perasaan ni. Aku deny! Aku try nak avoid dengan find another man to replace you, find another things yang buat aku lupa perasaan ni. Tapi aku silap perasaan tu aku gam dengan gam uhu.
 
            Banyak kali kau cerita pasal ex kau. So aku ni kira macam tahulah pasal ex kau. So malam tu aku tanye kau kenape ex kau ade marah kau bulan lepas sebab aku terbaca tweet ex kau. Then kau bukak cerita. Masa kau bukak cerita tu kau tahu apa aku dah cakap kat diri aku? Aku cakap Cah get ready this gonna hurt you so much. Then yaa apa sangkaan aku betul. Kau dah bahagia sekarang. And by the time kau bagi tahu tu aku sendiri tak tahu apa aku rasa. its like aku bahagia sangat tengok kau bahagia tapi aku sedih tapi takpelah because aku tahu that girl must be so much better to compare with me tapi aku sakit tapi eh kau memang tak patut pun dengan aku. 

         Kau, payahnya aku nak buang rasa ni. Aku taknak pun ada rasa ni. Aku tak mampu nak rasa perasaan ni. Kau, aku cuba untuk cari orang lain, aku cuba nak tengok orang lain macam the way aku tengok kau. Kau.....

        All the best kau kat sana, jaga dirikau kat sana, jaga iman, solat jangan tinggal, dah pandang langit tanah jangan dilupa, belajar rajin rajin, buat mak ayah kau bangga ada anak macam kau dan semoga kau berbahagia disana bersama orang orang yang kau sayangi kat Malaysia ni!

     Biarlah aku dengan perasaan aku. Suatu masa nanti perasaan ni akan hilang. Aku yakin. Kau tak perlu tahu pun apa aku rasa ni. Biar dia hilang bersama air mata aku yang mengalir ni. 

AKU BAHAGIA KALAU KAU BAHAGIA!


No comments: